La Tahzan

Assalammualaikum wahai bloggers :) 

sudah begitu lama aku tidak menjenguk dan melawat Full House aku ni :) maafkan aku ya blogger kerana tak melawat kamu kerana sibuk dengan menjahit :) kalau tak tolong mak aku tak dapat la upah dan tak dapat la aku nak membeli handphone baru.tukar handphone sbb perlu kerana handphone sony tu suda rosak :(

hari ni merupakan hari yg paling penting untuk semua pelajar lepasan STPM 2012 , sebab hari ni sudah keluar keputusan UPU bagi lepasan STPM/Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.dengan dukacitanya blogger aku tiada rezeki untuk melanjutkan pelajaran ku ke peringkat ijazah. aku memang sedih tapi pada masa yg sama aku redha dengan ketentuan Ilahi yg telah menetapkan takdir aku begini :') mungkin Allah SWT telah merancang perkara yg lebih baik untuk aku, aku pun tak tahu sebab kita sebagai hambaNya hanya boleh memohon dan berdoa serta berserah dengan ketentuanNya.

kepada kawan-kawan ku yg layak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah aku ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah :) aku harap korang akan belajar dengan penuh kesungguhan , berjuang mati matian , tamatkan pembelajaran korang sampai lah dapat segulung ijazah pada hari konvokesyen nanti dan yg paling penting minta restu dari parents kita sebelum nak pergi belajar, ingat jasa mereka terhadap kita yg bersusah payah mencari duit utk kita sambung belajar dan banggakan mereka berdua dengan kejayaan yg kita kecapi , InsyAllah aku tahu korang boleh. aku sentiasa ingat kawan-kawan F6 aku ! aku takkan pernah lupakan korang , aku akan doa agar Allah permudahkan korang utk sambung belajar dan menjadi seorang yg berjaya. amin !