"Saya Sayang Awak"

Assalammualaikum, hai bloggers !

Sudah lama aku menghilangkan diri daripada Addadidoo Fullhouse ni , hmmmmh. kenapa ya? kerana aku terlalu sibuk dengan membuat assignment yang setinggi gunung itu. tak mengapalah, itu normal bagi semua manusia yang bergelar sebagai "student". student dengan assignment memang tidak dapat dipisahkan bagaikan isi dengan kuku.

mengapa hari ni dan malam ini aku menulis tajuk itu? ini semua adalah kerana si dia ! siapa si dia tu? tak perlulah tahu siapakah gerangan si dia itu. sebenarnya aku sudah lama menghilangkan diri daripada si dia lebih kurang setahun lebih. kerana apa? kerana aku memang betul betul bencikan dia dan geram dengan dia. kalau boleh aku memang tak nak jumpa dengan dia lagi di dunia ini. kerana dia telah mengecewa dan melukakan hati aku yang begitu setia pada dirinya. tapi apakan daya, si dia begitu cepat berubah hati dan telah meninggalkanku ketika dia telah berjaya masuk ke menara gading.

tetapi ! kini dia telah kembali ! mengapa? mengapakah? mengapa si dia perlu muncul kembali di dalam hidupku ini !!! aku memang betul betul geram dengan dia. ini lah pertama kali aku berjumpa dan bersua kembali dengan si dia iaitu pada hari raya tahun ini ! mengapa mesti si dia ikut kawan-kawan ku untuk beraya di rumah aku ? perlu ke ? tak malu ke? si dia tak tahu ke yang aku masih bengang dengan dia? itulah yang selalu aku fikirkan ketika dia beraya di rumah aku.

selepas kawan-kawanku beraya di rumah aku, kami semua pergi bersiar-siar ke taman Budaya pulak 🎃

I'm touched :')

Assalammualaikum bloggers :)

Maafkanku wahai bloggers kerana sudah begitu lama menghilangkan diri entah kemana dan begitu juga aku yg sudah lama tidak mengupdate blog ni. 

Semalam kita terharu la dengan MUHD AZRUL FITRI BIN AZIZAN a.k.a AYIE. aku sudah berkawan dengan dia dari sekolah rendah lagi. waktu sekolah rendah aku dengan dia hanya kawan biasa dan tak la begitu rapat. tanpa dijangka , apabila kami melangkah masuk ke sekolah menengah kami dipertemukan lagi. Dan disitu juga la kami mula menjadi rapat sehingga sekarang. 

tapi semalam yg bertarikhkan 24 Februari 2014 , kami saling berbalas tweet. tapi yg paling membuatkan aku terharu apaila dia kata yg aku ni BESTFRIEND dia ! OMG ! kau tau tak perasaan tu mcm mana? aku hanya menganggap dia sebagai kawan rapat saja tapi dia tidak ! dia menganggap aku ni sbg BFF dia. i'm feel guilty with him. Ayie mulai hari ni aku akan anggap kau sebagai kawan baik aku di dunia dan akhirat. insyAllah !

semalam bila aku cakap aku terharu dengan apa yg dia kata, aku cakap kat dia nanti aku belanja dia makan bila aku dah kerja nanti. tapi dia buat aku terharu lagi dia cakap kat aku "cukuplah sekadar kau jadi kawan aku di dunia dan akhirat" Wow ! lagi la membuatkan aku tersentuh wei.

Anywhere thanks ayie ! di dalam hidup aku ni, hanya ada dua org je kawan baik lelaki aku iaitu HANG & AWIE ! thanks a lot sbb selalu melayan kerenah aku selama kita berkawan. i will appreciated it ! love both of u !!!




Happy Birthday to me :)

Assalammualaikum bloggers :)

pada tarikh 22 Julai 2013 iaitu pada hari Isnin bersamaan dengan 13 Ramadhan merupakan hari jadi aku yg ke 20 tahun, Happy Birthday to you Adda ! semoga panjang umur,dimurahkan rezeki, sentiasa sihat tubuh badan dan semoga apa yg dihajati akan dapat juga dikecapi, insyAllah :) lastly aku nak nyanyikan lagu happy birthday ni utk diri aku sendiri :'D



Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Nor Shuhada ,
Happy Birthday To Me !
Sweet 20 Adda !