Ma menderita

assalammualaikum bloggers


pada malam ni aku ingin berkongsi cerita dan kesedihan dengan "fullhouse" aku ni , sebenarnya aku betul berasa sedih dengan ibu kesayanganku atau anak-anaknya memanggilnya dengan panggilan "Ma" ya Ma ! singkatan dari Mama, kami empat beradik memanggail ibu kesayangan kita org ialah Ma :)

aku ingin berkongsi cerita bahawa sekarang Ma menderita dengan kesakitan yg dialaminya , bukanlah sakit disebabkan sakit tua tapi dibuat oleh orang. kenapa mereka sanggup melakukan perkara syirik ni yg telah diharamkan oleh Allah S.W.T kepada Ma ! adakah mereka tidak takut akan dosa dan balasan yg mereka akan dapat atau terima kelak nanti ? adakah mereka tidak takut dengan hukuman daripada Allah padah hari akhirat nanti. tidakkah ?

ya Allah sesungguhnya hambaMu ini ingin memohon dan merayu padaMu ya Allah agar kau sembuhkan lah kesakitan yg ibuku alami ini serta jauhkan dan hindarkanlah ibuku daripada jin atau syaitan ya Allah.sesungguhnya diKau la yg Maha Agung Maha Esa Maha Berkuasa serta Maha Adil ya Allah. bantu lah dan sembuhkan lah sakit yg ibuku tanggung selama berbelas tahun ini ya Allah. aku betul-betul tidak sanggup lagi hendak melihat ibuku menderita sakit begini lagi ya Allah bukannya baru sekali ibuku kena tapi sudah banyak kali ya Allah. sesungguhnya diKau la Maha Mendengar dan diKau la tempat aku bermohon,merayu,meminta dan seumpanya. bantulah hambaMu yg sesangat kerdil ini ya Allah.