assalammualaikum warga blogger !
semalam iaitu pada hari selasa bersamaan dengan tarikh 23 April 2013 ialah merupakan hari yg paling aku gembira. aku tidak tahu kenapa dan hati aku ni memang betul-betul gembira sampai rasa nak nangis pun ada. mungkin sebab semalam semua BFF aku ada dan muncul di laman burung biru (twitter) kot? entah laa tak tahu nak cakap macam mana.
starting dia begini sebenarnya semalam Farah ada call aku waktu tu dalam pukul 9 lebih rasanya sebab apa masa tu aku nak pergi ambil wudhuk nak solat isyak lepas tu aku terdengar hp aku menari-nari lagu BTOB-WOW tu.. haha.lepastu aku berlari untuk mendapatkan hp aku tu bila aku angkat tengok-2 farah dah letak.lepastu aku tunggu la dlm 1-2minit sbb takut farah call balik kan tapi tunggu punya tunggu tak ada juga dia call ! aku pun pergi laa ke bilik air balik nak ambil wudhuk , tup tup masa otw nak pergi ke bilik air tengok-2 hp aku berbunyi balik, aku pun apa lagi buat larian pecut 80m laaa *action* fuhh.... nasib baik aku sempat angkat.aku pun bagi laa salam bagaikan lepas farah jawab salam dia terus cakap "adda aku tak tahu pun kau dah deactive FB" dlm hati aku cakap ehh farah ni takkan tak tahu yg aku ni dah deactive FB? org lain banyak tahu takkan dia tak tahu kan. opppssss ! aku lupa farah kan jarang sungguh nak nampak dia on9 dia pun cakap perkara yg sama sebab tu dia tak tahu yg aku ni dah deactive FB ! haha. nasib baik laa Haniza bagi tahu kat farah kan.sorry kawan aku ingat kau tahu.maafkan aku ye. nanti if aku dah active FB aku bagi tahu dekat seluruh Malaysia ni tahu? haha
kisah kedua pulak mengenai Hawa ni ... dia pun ada buat status kat FB dia cakap mana Nor Shuhada Sansudin ni dah lama tak nampak dia. selama ni dia on FB memang dia tidak tahu langsung yg aku ni dah deactive FB. aku pun mati-2 laa ingat dia tahu. adoii feel guilty aku dekat dia kot. tapi yg mengejutkan aku semalam bila aku on twitter aku nampak ada "one new follower request" aku pun tekan laa, tup tup tengok-2 rupa-rupanya Hawa follow aku. punya laa shock hati aku ni,aku ingat dia tak ada twitter.perasaan aku memang la seronok bila tgk dia dh buat acc twitter kan tapi rasa marah pun ada sebab dia tak bagi tahu yg dia dah ada twitter. Hawa is a cruel ! secara kebetulannya hawa pun on twitter juga masa tu,sempat laa kita org berborak. ya Allah sumpah aku rindu dia :( dah lama bebeno aku tak jumpa dia nya pun. rasa nak peluk dia pun ada.
kisah ketiga pula ialah mengenai Haniza ! seriously aku pun merinduinya juga sesangat. sama mcm hawa dah lama tak jumpa dengan dia.dia merupakan seorang kawan yg baik yg selalu tolong aku. ehh korang aku tak puji haniza je, kepada Hawa,Farah & Aina korang pun baik juga laa selalu tolong aku kan? susah dan senang pun korang tetap ada untuk aku kan? termasuk laa haniza :) actually aku mahu bagi tahu pada nya supaya dia tabah dan kuatkan iman tu supaya kau dapat menghadapi segala dugaan yg Allah sedang berikan pada kau. Allah sedang uji kau tu. aku ingat lagi kau pernah cakap kat aku "Allah takkan uji umatNya jika mereka tak mampu nak menghadapinya kan"? alaaa lebih kurang bunyi dia macam tu laa.anywhere kau jgn risau aku akan selalu bantu kau dan berada di sisi kau *mcm ayat cinta pun ada* jangan terlalu sedih ok?
kisah yg terakhir pula ialah mengenai seorg minah k-pop yg sama minat dengan aku dan mempunyai banyak chemistry dgn aku iaitu Aina ! annyeonghaseayo aina ~ hahaha ! aina aku nak ucapkan kamsahamnida dekat kau sebab kau selalu bagi nasihat kat aku if aku memerlukan khidmat nasihat daripada kau.kau pun banyak bagi semangat kat aku utk suruh aku sambung belajar kan? example nya yg pasal Dr.Hamzaid tu yg pasal sambung degree tu kau suruh aku pergi kan?aku bukan tak nak pergi tapi aku tak nak menghadap ekonomi tu. sekarang aku dh jumpa minat aku iaitu dlm pend.awal-2 kanak-2. surat tawaran tu pun dah sampai dah semlm. apa-2 pun bila kau dah dapat masuk U untuk sambung degree nanti hope kau takkan lupakan aku laa.kau dh buktikan kat parents kau yg kau dh berjaya masuk U , so sekarang ni kau buktikan pada parents kau yg kau juga akan menjadi org yg berjaya dan bagi parents kau bangga dgn diri kau tu :) insyAllah. fighting !