assalammualaikum :)
hai blogger :) hari ni aku nak cerita apa yg aku ingin luahkan . dah lama rasanya aku pendamkan di dalam hati aku ni . tapi tak semua la aku nak cerita kat sini kan ? sebab tak semua benda kita boleh cerita kat blogger ni kan ? eventhought blog ini adalah tempat kita nak berkongsi cerita kisah suka dan duka kita :) tapi tak semua kita bolh kongsikan kan ?
ok hari ni aku ada terbaca sebuah blog kawan aku iaitu athirah . bila aku baca dia blog dia tu aku rasa kisah dia tu sama dengan kisah aku . terpaksa melepaskan orang yg kita sayang kan ? tapi tira mesti ada kesah tersendiri kan ? aku pon ada kisah tersendiri juga. mula-2 aku memang tak percaya apa yg tira tulis tu , tapi last-2 aku tanya dia sendiri untuk kepastian. bila aku tanya dia , dia cakap apa yg dia tulis tu memang betoi . aku memang terkejut laa kan. sebab kisah dia tu memang sama dengan kisah aku kot ! tapi tak apa laa tiraa if kita betoi-2 ada jodoh Allah pasti akan menemukan kita dengan org yg kita sayang tu kan ? tabah tiraa ! kita kena kuat untuk menghadapi dugaan yg Allah telah berikan kat kita ni :) insyAllah kita boleh laluinya.
ok kita beralih ke cerita aku pulak ek . hee. lari tajuk pula ye :) ok sebenarnya aku masih lagi simpan semua mesej yg dia bagi aku dari dia kata dia sayang aku sampai laa ke hari dia bagi keputusan kat aku. bila aku baca mesej-2 tu memang tak dinafikan aku betul-2 sakit hati. masa tu perasaan aku betul-2 bercampur baur hanya Allah yg Maha Berkuasa saja laa yg tahu mcm mana dgn perasaan aku ni. tapi masa last mesej dia bagi kat aku sampai 7 page dia taip. fuhh panjang juga mamat tu taip kan luahkan perasaan betul dia tu.
bila dia dah bagi keputusan tu hati aku ni dah macam kena toreh n pecah berkecai tahu tak ! tipula if ku tak nangis kan ? tapi aku nangis tak ada la sampai meraung dan frust menonggeng bagai macam orang lain tu. aku steady je. mungkin ini ialah bukan jodoh aku kan ? mungkin Allah tu telah aturkan aku dengan jodoh yg lebih baik. mula-2 kita akan bertemu dengan jodoh salah dulu baru la kita jumpa jodoh kita yg sebenar :) itulah aina cakap kat aku !
dah lama aku tak contact dia :) sebab apa ? sebab aku nak take time buat masa ni. bagi aku tenangkan diri aku dulu dan buang segala perasaan aku pada dia seperti dia minta aku buat macam tu kan ? aku tengah mencuba sekarang untuk menerima dia sebagai kawan rapat aku , kawan setia aku dan kawan yg selalu ada untuk aku waktu aku susah dan senang . lepas ni aku akan sayangkan dia sebagai seorang kawan baik aku je :) aku sentiasa doakan untuk dia semoga dia berbahagia dengan teman baru dia tu :) tapi ingat lah satu perkara yg aku nak bagi tahu ... aku menghilangkan diri bukan bermakna aku sudah tak nak jumpa dengan dia bukan bermakna aku takkan contact dia bukan bermakna aku akan lupakan dia tapi bagi la aku masa untuk sesuaikan diri aku ni sebagai seorang kawan untuk dia.
dan perkara terakhir yg aku ingin bagi tahu pada sia ialah AKU TAKKAN PERNAH BENCI KAN HANG !