pada pukul 3.00 pagi
ma : calling abah ( kring ! kring ! )
abah : hello assalammualaikum ...
ma : abang mak tgh nazak bang (dgn nada nangis )
abah : ape ! ok ok abg dtg skrg .
selepas trima pggilan itu
aku : abah nape bah ? (dgn nada risau )
abah : alang , opah tgh nazak tu .. cept gerk adik !
aku : adik , adik .. bangun cepat ! opah tgh nazak tu , cept siap kite hospital ... (dgn nada sebak)
selepas aku gerak adik aku , aku gerak kedua-dua abg aku ...
aku : along ! along ! bangun cepat , opah tgh nazak kat hospital
along : (bila dia dengar aku kata mcm tu dia segera bangun ) ape ! ya Allah ... (dia terus bangun dan mandi )
selepas aku gerak abang first aku , aku gerak pula abg second aku
aku : angah ! angah ! bangun ngah ! bangun r cepat ! opah tgh nazak tu angah ... (masa tu dia separuh sedar)
(dia tnya sekali lagi untuk kpastian )
angah : ape dia tadi ?
aku : opah nazak angah ! cepat bangun !
angah : (abg aku pon truz bangun)
setelah aku , adik aku dan bapak aku bersiap .. kami pon bertolak pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan segera . abgku along dtg lambat sedikit sebab dia nak mandi dulu katanya , abg aku yg angah pula naik ketenya sendiri .
setelah kami sampai di hospital tersebut , kami bergegas masok hospital dan minta kebenaran pengawal tersebut untuk masok dan naik ke tingkat 8 .. opah aku dimasukkan wad 8A dan nombor katilnya 31 .. aku masih ingat lagi ! masa tu kami sampai di hospital pada pukul 3.25 pagi .
setelah kami sampai di tingkat 8 di wad 8A , aku berasa tidak sedap hati ... jantung aku berdegup kencang ! masa tu aku terfikir adakah opah aku akan mengikut jejak arwah sepupu aku yg meninggal di hospital ??? tapi hati aku berkata ohh tidak ! nape aku berfikir seperti itu ?
aku , adik aku dan abahku segera bergegas ke katil opah aku ! hati aku makin lama makin berdeup kencang , sambil itu juga aku berdoa pada Allah agar opah aku tak ada apa-apa . tapi bila aku nampak sahaja emak aku duduk di sisi opah aku sambil menangis ... aku dapat merasakn hati aku tidak sedap . masa itu fikiran aku celaru ... banyak persoalan yg bermain kat minda aku ini ! nape mak aku menangis ? adakah opah dah tak ada ?
bila aku sampai je di katil opah aku ... ayah aku segera pergi ke emak aku .. emak aku memeluk abahku ... emak aku menangis teresak2 sambil berkata " abang , mak dah tak ada bang ! " aku terkejot besar ! aku mula menangis ... masa itu aku nampak banyak sangat wayar di badan opah aku ! adik aku pula menangis sambil meraung . ayah aku terus lari keluar ... aku tahu bapak aku pon sedey ! adik aku menggoncang badan opah aku sambil memanggil nama ' opah ' tapi opah tak bangun pon adik ??? nape adik ??? nape opah tak bangun pon ??? aku pon memegang kaki opah aku sambil berkata 'ooopppaaaahhhh ' ... adik aku berkata kat opah aku 'opah bangun laa opah ' ... tapi aku cakap kat dia tak baik meraung ... sebab berdosa!
aku , adik aku dan emak aku tidak putus-putus menitiskan air mata ! kami menangis teresak2 ... masa aku dapat tahu opah aku dah tak ada masa di hospital , aku terus call along ...
aku : calling along (kring ! kring ! )
along : ( bunyi angin yg sgt kuat sgt sbb masa itu abg aku otw nak pergi hospital) Hello !
aku : along (dengan nada sedih)
along : haaa , nape ?
aku : opah dah tak ada along .
along : ha !? ( abg aku terus sebak dan dia terus letakkan telefon.)
selepas aku call along , aku terus call angah
aku: calling angah ( kring ! kring !)
angah : hello !
aku : angah , angah tahu tak opah dah tak ada !
angah : tak tahu nape ?
aku : opah dah tak ada dah angah ! aku terus menangis..
angah : aku tgh otw ni ...
dalam beberapa minit kemudian along dan angah pon sampai , selepas itu dalam 40 minit selepas itu , mak-mak saudara aku sampai di hospital ... mereka lambat sampai sebab mereka dari kuala kangsar . aku nampak mereka terus dtg ke katil opah aku . , masa itu aku , adik aku dan emak aku berada di tepi katil opah aku ... kami tak berganjak langsung dari katil opah aku . sebelom mak-mak sedara aku sampai , mak aku dah baca yassin untuk opah aku ... aku pada masa itu uzur , tidak dapat hendak membaca yassin untuk opah aku ! aku sedeh sesangat !
aku sebak melihat mak-mak sedara aku peluk mak aku ... aku tahu betapa sedih dan pilunya bila seorang ibu telah pergi untuk selama-lamanya ! mereka terus membaca yassin ... ayah aku pula sibuk menguruskan van jenazah untuk opah aku ... sebab opah aku akan dibawa balik ke kampung di mana tempat yg dia tinggal iaitu kuala kangsar ... setelah beberapa jam kemudian aku dan adik aku balik ke rumah dengan angah , sebab na berkemas beg untuk balik kampung ! emak aku dan mak-mak sedara aku balik ke kampung dengan menaiki van jenazah !
setelah beberapa minit kemudian , ayah aku pula sampai ke rumah sebab nak ambil kitaorg dan balik kampung pada pagi itu juga ... semasa otw ke kampung aku dengan adik aku tidur di dalam kereta kerana sakit kepala yg amat sangat ... bila dah sampai di kuala kangsar aku dah terjaga dan kepala aku rasa kurang pening !
opah aku dibawa ke rumah mak sedara aku iaitu kakak emak aku . kami panggil mak sedara aku itu 'mak nyah' ia merupakan adat dalam keluarga memanggil nama itu kerana dia merupakan anak yg ketiga ! bila aku masuk saja dalam rumah mak nyah .. aku lihat emak aku dan emak sedara aku masih mambaca yassin untuk opah aku ... kakak sedara aku pulak atau kak ngah dia membaca al-quran dengan memulakan juzuk 1 . emak aku kata nak habiskan 30 juzuk tu untuk opah !
selepas jew kak ngah habis baca juzuk 1 , dia terus datang ke aku dan adik aku ... dia memeluk aku terus ... dia memeluk aku seerat-ertnya ... aku menangis lagi , kemudian dia memeluk adik aku pula , adik aku pon turut menangis juga ... kami bertiga menangis ... sebab tidak tahan menahan sebak lagi ... kami bertiga berkongsi cerita bagaimana opah kami meninggal ! dan kami macam tak percaya je yg opah kau telah pergi untuk selama-lamanya ! T_T
orang makin lama makin ramai yg dtg .... setelah itu opah aku dimandikan oleh mak-mak sedara aku kecuali emak aku ... kerana emak-emak sedara aku mempunyai ilmu dan tahu bagaimana cara2 hendak memandikan jenazah ... selepas itu mak nyah menanya pada anak2 sedara dia , ada sesape yg na jirus kat opah , aku teringin sangat nak jirus air untuk opah tapi emak aku melarang aku sebab aku dalam keadaan uzur ... adik sume sedara aku sumenya jirus air pada opah aku ... aku teringin sesgt tapi aku tak boleh !
selepas habis mandikan jenazah opah aku , opah aku dikafankan oleh mak-mak sedara aku juga ... aku lihat opah aku mukanya sesgt laa berseri-seri ... di dalam hati aku berdoa ' ya Allah .. tempatkan lah opah aku ni di tempat org2 yg beriman ' aku sebak bila melihat opah aku dikafankan ... aku teringin sesgt na cium dahi opah aku ... tapi aku dalam keadaan uzur dan aku takut air mata aku tertitis di dahi opah aku .. aku tak nak opah aku terseksa !
setelah selesai opah aku dikafankan , jenazah opah aku telah bersedia untuk disembahyangkan .. selepas itu opah aku dibawa ke van jenazah ... ramai org yg mengiringi opah aku ke kubur ... tapi aku , adik aku , kak ngah dan sume mak2 sedara aku tak pergi ke kubur . aku berasa hairan nape dorang tak pergi ? takkan dorg tak nak tengok maknya dikebumikan ? lain laa macam aku .. aku memang tak boleh pergi sebab aku uzur !
tapi masa tu juga aku bertanya pada emak aku
aku : ma nape tak pergi ke kubur ?
ma : arwah apak ma cakap seelok2nya orang pompuan tak payah pergi sebab ada je halangannya macam datang haid la ..
aku : ohh memang macam tu ekk ?
ma : a'ah
untuk maklumat semua opah aku selamat dikebumikan tepat pada pukol 12.00 tgh ari ....
korang mesti tertanya2 macam mana opah aku boleh dimasokkan hospital kan ?
opah aku dimasokkan di hospital disebabkan semput dan badan di belah kanannya sangat sakit disebabkan jatuh .. aku memang tak tahu macam mana opah aku jatuh . lagi satu pula disebabkan nak stabilkan penyakit dia sebelom dia operate mata dia ... sebelom dia dimasokkan hospital ipoh ni ...2 minggu lepas opah aku dibawa ke hospital pantai putri untuk tanya kos operate mata ... sebelom operate mata opah aku kena buat medical check up dulu ... selepas buat medical check up tu laaa , doktor panggil emak aku sorang jew untuk masok ke bilik dia ... masa itu emak aku fikir messti ada yg tak kena ... n then doktor pun terangkan laa sume penyakit opah aku , opah aku dapat banyak penyakit ... iaitu :
---> mata belah kiri dia kemungkinan akan buta sebab dalam mata dia di belakang tu masak na pecah .. aku tatao ape benda nya yg dah masak n pecah .
---> opah aku dapt kencing manis
---> masalah asma yg tak terkawal
---> masalah paru-paru berair
---> masalah jantung
banyak kan ? aku pon terkejot juga ... sepatotnya dia masok hospital hari itu untuk menstabilkan segala penyakit dia sebelom di masokkan ke hospital pantai putri tu ! sebelom na buat operate mata ... tapi apakan daya ajal sudah pon menjemput dia dulu ... dia memang tak sempat nak buat operate mata !
kepada arwah HAZIAH BINTI MAT NASIR semoga opah ditemptkan di tempt org2 yg beriman T_T
Al~Fatihah